Taubatnya Imam Fudhail Bin Iyadh

Al-Fudhail bin Iyadh salah seorang dari ulama sufi besar Salafus Shalih yang sezaman dengan Imam Malik dan Abdulllah Ibnul Mubarak rahimahumullah. Beliau lahir pada tahun 107 h.

Berikut ini adalah kisah taubat beliau rahimahulllah:

Diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir, juga di Dalam kitab Siyar A’lam Nubala’, Imam Az-Zahabi menukilkan kisah taubat Imam Fudhail bin ‘Iyadh seperti berikut:

“Al-Fuhdail bin Iyadh dahulu adalah seorang perompak yang menghadang di jalan antara Abyurd dan Sarkhas.

Adapun penyebab taubatnya adalah kerana beliau mencintai seorang gadis hamba abdi. Suatu hari beliau memanjat dinding untuk menemuinya, tiba-tiba beliau terdengar seseorang membaca ayat berikut:

(ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله..) [ الحديد: 16 ]

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…” (QS Al-Hadid : 16)

Ketika mendengarnya beliau berkata: “Benar ya Rabb, inilah saatnya,” dan beliau pun kembali dan mencari tempat untuk menginap di runtuhan bangunan, dan di sana dia mendapati sekelompok orang yang melewati jalan. Sebahagian dari mereka berkata, “Mari terus berjalan.” Sebahagian lainnya berkata, “Tunggulah hingga pagi, kerana Fudhail berada di sekitar sini dan dia akan merompak kita.”

Lalu Fudhail ibn ‘Iyadh berkata, “Maka aku pun befikir dan berkata: “Aku menghabiskan malam dengan berbuat maksiat dan ada sekolompok kaum muslimin di sini takut kepadaku, dan aku berfikir bahwa tidaklah Allah membawaku ke sini kecuali untuk mengambil pengajaran (agar menghentikan perbuatan tersebut).

Lalu beliau berdoa “Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu. Dan menjadikan taubatku dengan berdiam (tinggal) di Baitul Haram (Makkah).”

 

Sumber: Siyar A’lam an-Nubala oleh Imam Adz-Dzahabi dalam Biografi Fudhail bin Iyadh 8/422.